Monday, December 27, 2010

Education


MENYANYI

Menyanyi merupakan cara mudah untuk melahirkan perasaan. Secara tidak langsung, aktiviti menyanyi memenuhi keperluan untuk menyalurkan perasaan dan fikiran. Sejak zaman dahulu lagi, menyanyi menjadi medium untuk melahirkan perasaan dan berkongsi pengalaman seseorang. Lagu adalah komunikator yang hebat terutama bagi kanak-kanak (Phillips, 1990).

Proses menyanyi melibatkan tiga bentuk major pembelajaran: kognitif (pengetahuan), psikomotor (kemahiran), dan afektif (perasaan dan sikap).Bagi kanak-kanak, menyanyi adalah satu aktiviti semulajadi yang boleh dilakukan secara spontan seperti bertutur.  Menyanyi adalah kemahiran yang kompleks kerana ia memerlukan masa untuk membentuk respon kedua-dua koordinasi psikologikal dan motor dalam menghasilkan vokal yang baik. 

ALAT VOKAL
           
Vocal cord
            Rajah 1: Alat-alat vokal

ALAT VOKAL ATAU NYANYIAN DALAM AKTIVITI NYANYIAN:

1. PARU-PARU
  • Terdiri daripada tisu-tisu lembut yang mengandungi banyak ruang kecil
yang dipenuhi udara
  • Luas di bahagian bawah dan sempit di bahagian atas
  • Memainkan peranan penting semasa menyanyi: mengenbang dan
mengecut bila proses pernafasan dijalankan

2. DADA
  • Bahagian tubuh yang di hadapan di antara perut dan leher
  • Ruang dada mengandungi jantung dan paru-paru
  • Semasa menyanyi, pembesaran pengembangan paru-paru di dalamnya

3. DIAFRAGMA
  • Paru-paru kita diselubungi oleh rusuk.
  • Di bawah paru-paru terdapat diafragma iaitu otot yang berbentuk dome
yang berfungsi sebagai lantai kepada paru-paru dan memisahkan bahagian dada daripada bahagian perut
  • Apabila kita mengambil nafas, paru-paru dan rusuk mengembang dan
diafragma menjadi leper dan tertolak ke bawah.  Otot abdomen ditolak ke
bawah dan keluar .
  • Apabila kita mengeluarkan nafas, diafragma balik ke kedudukan nafas,
diafragma balik ke kedudukan asal dan menekan udara keluar daripada
paru-paru

4. PERUT
  • Mengawal kadar udara semasa menarik dan mengeluarkan nafas


5. TULANG RUSUK
  • Tulang rusuk mengembang semasa menarik nafas dan balik ke kedudukan asal apabila mengeluarkan nafas.

5. MULUT
  • Penting dalam penghasilan suara
  • Mempunyai tugas untuk menghasilkan dan membawa udara dari paru-paru ke kod-kod vokal di mana ia akan bergetar dan menghasilkan bunyi

6. LELANGIT
  • Sebuah alat vokal yang terlibat dalam artikulasi
  • Berfungsi sebagai amplifier (lelangit keras)
  • Berfungsi sebagai membentuk konsonan (lelangit lembut)

7. BIBIR
  • Alat vokal yang terlibat dalam artikulasi
  • Semasa menyanyi huruf vokal lidah perlu dalam keadaan datar
  • Hujung lidah menyentuh bahagian bawah gigi depan

8. GIGI
  • Salah satu alat vokal yang terlibat dalam artikulasi
  • Memainkan peranan sesuatu konsonan dibentuk


POSTUR SEMASA MENYANYI
1.       Postur yang betul membolehkan seseorang itu menyanyi dengan baik.
2.       Postur yang betul membolehkan suara dikeluarkan dengan baik.
3.       Menarik nafas semasa menyanyi memberi sokongan yang berterusan dalam penghasilan ton, dan
4.       Untuk membuat perangkaian dan ekspresi yang bermakna melalui penghasilan ton
POSTUR BERDIRI YANG BETUL

1.      Kaki:            : terbuka sedikit, sebelah kaki ke depan sedikit, berat badan ke    
                      depan sedikit dan tidak di atas tumit kaki.
2.      Lutut:          : fleksibel, longgar dan tidak terkunci.
3.      Punggong : ke depan sedikit.
4.      Abdomen  : rata, tetap, kedalam dengan selesa bukan kaku.
5.      Dada          : tinggi tetapi tidak tegang. Tidak bergerak ke atas dan ke bawah   
                     ketika menarik nafas.
6.      Lengan     : jatuh dalam keadaan yang selesa. Jika memegang skor muzik,  
                   pegang ke hadapan agar dapat dilihat dengan jelas tanpa     
                   menundukkan kepala tetapi tangan tidak diangkat terlalu tinggi   
                   seperti berkepak.
7.      Tangan   : Tidak menghalang. Lupakan kalau boleh tetapi jangan menyeluk  
                  saku atau letak dibelakang.
8.      Kepala    : Dagu lebih kurang sama aras dengan lantai, jangan menjenguk    
                 atau mendongak. Bayangkan anda seperti boneka yang bertali.   
                 Belakang kepala anda tersangkut pada tali tersebut  segarisan
                 dengan tulang belakang anda dan tali itu  tergantung dari siling.

POSTUR DUDUK

Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam keadaan duduk adalah seperti berikut:
  • Bahagian badan hingga kepala - keadaannya sama seperti postur berdiri.
  • Belakang badan - tidak bersandar.
  • Punggung - terletak di tengah kerusi.
  • Kaki - diletak di atas lantai dengan satu kaki ke hadapan sedikit.
  • Tangan - diletak di atas paha.
Postur duduk yang betul hampir sama dengan postur berdiri. Daripada punggong ke atas, keadaan duduk sama seperti berdiri. Letakkan kaki rata di atas lantai, tidak bersilang atau memberi tegangan kepada mana-mana bahagiannya (R. Stanton, 1976)
PENGAWALAN PERNAFASAN
Terdapat empat fasa mengawal pernafasan dalam menyanyi, iaitu: menarik nafas, menggantungkan nafas (suspension), menghembus nafas (phonation), dan pulih semula (recovery).

OBJEKTIF LATIHAN PERNAFASAN
(a)       Memberi teknik pernafasan yang baik, memudahkan perletakkan suara dan penonjolan suara.
(b)       Memberi sokongan dan kawalan pada suara supaya lebih bertenaga.
(c)        Dengan da kawalan pernafasan, not-not yang panjang dapat dinyanyikan
dengan pic dan irama yang tepat.
(d)       Mengawal udara yang keluar sewaktu menyanyi.
(e)       Menghilangkan ketegangan di bahagian bahu, dada dan leher.
(f)        Sebutan yang dinyanyikan dapat difahami oleh pendengar.
(g)       Perkataan-perkataan artikulasi dapat menyampaikan maksud dan moo muzik tersebut.
(h)       Sebutan vowel dibunyikan seragam oleh semua penyanyi dalam satu-satu
kumpulan.
(i)         Vowel di ‘sustain’ seberapa lama yang mungkin pada setiap not.
(j)         Bunyi vowel mempunyai resonan dan suatu perasaan fokus ke hadapan.
(k)        Konsonan dibunyikan pada masa yang sama oleh semua penyanyi dalam
sesebuah kumpulan.
(l)         Konsonan dibunyikan tepat pada pic.
(m)      Konsonan bertenaga tetapi menggunakan udara yang minima.

TEKNIK MENYANYI
Penggunaan teknik menyanyi yang betul adalah penting. Penggunaan teknik suara yang betul merangsang tekanan, ekspresi yang diperlukan, menghubungkan konsep fikiran kepada perasaan dan mengaitkan pula dengan tindak balas fizikal.

Menyanyi dengan teknik yang baik dapat menghasilkan:
1.     Penghasilan ton yang baik.
2.     Penghasilan ton yang licin dan panjang.
3.     Sebutan yang jelas, betul dan cantik.
4.     Berkebolehan menyanyi dalam nada tertentu.
5.     Mempunyai ketahanan menyanyi rangkai lagu yang panjang.
6.     Mempunyai ketangkasan membungakan nyanyian dengan petikan skel dan arpegio.
7.     Berkebolehan membaca skor muzik.
8.     Dapat menghasilkan variasi warna ton dengan berkesan.
9.     Dapat menghasilkan renj dinamik ppp ke fff dengan berkesan.
10.  Boleh menyanyi dua oktaf dan lebih.

LATIHAN PERNAFASAN
Mutu nyanyian yang baik dapat dihasilkan melalui latihan pernafasan yang betul

Aktiviti Latihan Pernafasan
1.     Urut belakang kawan dalam jangka masa 30 saat.
2.     Dalam kiraan 8 pada setiap latihan, toleh kepala ke kanan, ke kiri, tunduk dan mendongak.
3.     Angkat tangan ke atas sambil menarik nafas dengan kiraan 4, tahan nafas dengan kiraan 4 dan turunkan tangan sambil hembuskan nafas dengan kiraan 8 sambil menyebut ssss…. Ulang dengan aktiviti ke kiri, ke kanan, ke depan dan ke bawah.
4.     Lihat ke atas dan cuba jangkau tangan ke atas, regang ke sisi dan jangkau ke atas semula. Ia bertujuan untuk menyediakan badan sebelum memulakan nyanyian.
5.     Cekak Pinggang kemudian bengkok ke kanan, ke kiri, bongkok ke depan dan melentik ke belakang dengan kiraan 8.
6.     Tarik nafas sambil naikkan bahu kanan dengan kiraan 8, tahan nafas kiraan 8 dan turunkan bahu sambil menghembus nafas dengan sss…. Kiraan 8. Ulang dengan bahu kiri kemudian dengan kedua-dua belah bahu.
7.     Bunyikan konsonan ‘p, f, k, t, r, dan s’ dengan kiraan 8 setiap konsonan.
8.     Dengan posisi tangan diregang, bunyikan siren apabila bergerak dari posisi tunduk di hadapan ke posisi berdiri tegak. 

PERKUSI

Mengikut Suk. Pel. Muzik KBSR dan KBSM Pendidikan Muzik dapat diasaskan pada empat aspek berikut:
  • Persepsi Estetik (bahasa muzik)
  • Pengalaman Muzikal
  • Ekspresi Kreatif
  • Penghargaan Estetik
Di dalam pengajaran dan pembelajaran permainan alat perkusi kesemua aspek ini adalah berhubung kait.  Pada asasnya murid dilatih teknik konvensional seperti berikut:
  • Postur
-       berdiri atau duduk dalam keadaan yang selesa
-       memegang alat perkusi mengikut kesesuaian
  • Cara memainkan
-       memainkan alat perkusi mengikut cara konvensional
-       memainkan alat perkusi mengikut kreaviti seseorang
Berikut adalah beberapa cara yang boleh dijadikan panduan ketika membuat skor permainan alat perkusi:
  1. mengikut detik lagu berdasarkan tempo cepat, lambat, sederhana
  2. mengikut corak irama lagu yang diajar.  Perlu diberi perhatian juga untuk memainkan alat perkusi yang agak berat seperti dram untuk menunjukkan tekanan (accented beat) dalam corak irama lagu tersebut.
  3. mengikut suatu corak irama yang ditentukan  Ini berdasarkan kreaviti seseorang (lebih kepada mengimprovisasi corak irama).
  4. mengikut rentak lagu seperti rentak masri, waltz, jazzrock, inang, mac dan lain-lain lagi.
  5. Gabungjalin kesemua aktiviti di atas(a-d) untuk permainan alat perkusi yang lebih banyak (lebih dari 2 jenis alat) dalam satu skor perkusi.


MUZIK DENGAN PERGERAKAN
6 jenis Pergerakan mengikut Perkembangan Dari Mudah ke Kompleks:
  • Gerakan Mengikut Lirik Lagu
  • Gerakan Asas Dengan Muzik
  • Interpretasi Muzik Dengan Gerakan
  • Gerakan Bebas Dengan Muzik
  • Gerakan Yang Menunjukkan Cerita Atau Tema
  • Mengikut konsep muzik

KEPENTINGAN PERGERAKAN
Pergerakan merupakan  aktiviti yang memenuhi keperluan kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik.  Pergerakan adalah asas respon kepada muzik.  Ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, berimaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat ‘nonverbal’.  Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana Dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semula jadi kanak-kanak memang suka bergerak.

Pergerakan dan muzik adalah satu seni kinestetik.  Kanak-kanak mengembangkan kebolehan muzikal mereka melalui kombinasi apa yang mereka alami dengan apa yang mereka dengari, lihat dan rasai.


DEFINISI PERGERAKAN
Cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara “melakukan” ( learning by doing : Dalcroze 1950) kerana tubuh badan adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan pembelajaran muzik dan seterusnya mengembangkan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga(pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik.
Pergerakan adalah perlakuan/aksi individu yang boleh berlaku secara
-          automatis
-          spontan
-          terurus (melibatkan perancangan yang lebih tersusun) melalui postur, gerak isyarat, dan pelbagai pergerakan badan.

PENDEKATAN DALCROZE
·         irama adalah pendekatan asas dalam  pendidikan muzik
·         irama dan pergerakan berkaitan dengan kehidupan murid/kanak-kanak.
·         elemen irama dan dinamik -  berkait rapat dengan pergerakan.
·         Kesemua degree dalam tempo - allegro, andante, accelerando dan ritardando dapat dialami, difahami dan diekspresikan dengan badan.

PENGLIBATAN
Eurhythmics memerlukan penglibatan individu secara total/menyeluruh.  Ia melibatkan penyatuan minda, anggota badan serta emosi diri secara total di mana individu perlu :
·         mendengar
·         merasai (feel)
·         berimaginasi kuat (strong imagination)
·         mengintepretasi bunyi
·         bertindak/respon/bergerak

JENIS PERGERAKAN ASAS
·         Bukan lokomotor (pergerakan statik atau setempat): tepuk, pusing, hayun, membongkok, memintal, melentik.
·         Lokomotor (bergerak) : berjalan, meloncat, , berlari, merangkak, merayap, bergolek, bergalop, skip, berputar, melompat.
Kedua-dua jenis pergerakan boleh dikombinasikan dengan kedudukan badan pada aras tinggi, rendah atau pertengahan untuk menunjukkan pertukaran berat-ringan dan tinggi-rendah bunyi, dan kontur melodi.

PERGERAKAN KREATIF
Intrepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. (Dr. Salmah Ayob)

UNSUR-UNSUR PERGERAKAN
·                     TUBUH BADAN :  pergerakan yang menggunakankan bahagian- bahagian anggota badan.
·                     RUANG               :  penggunaan ruang dalam aktiviti pergerakan - aras, arah dan 
                                                 aliran.
·                    DAYA                    :  kualiti pergerakan.
·                    MASA                   :  cepat /lambat, ansur cepat/ansur lambat (duration)
·                     PERKAITAN        : hubungkait bahagian-bahagian anggota badan dengan orang lain  
                                                 atau objek-objek (manipulasi alatan).

TUJUAN PERGERAKAN KREATIF
1.            kebebasan melahirkan idea dan perasaan
2.            pengawalan pergerakan
3.            kemahiran pergerakan
4.            keseronokan dan kepuasan
5.            kesedaran imej kendiri
6.            kesedaran estetik
7.            apresiasi bentuk seni
8.            kartasis(melepaskan ketegangan perasaan)
9.            pemahaman budaya
10.        sosialisasi
11.       penyelesaian masalah
12.       alat pembelajaran akademik
13.       teraputik


APLIKASI KONSEP MUZIK DALAM PERGERAKAN
1.         Irama
·         menepuk patah perkataan dan akhirnya dapat menepuk irama lagu yang mudah  
       sambil menyanyi.
            Meter dan tekanan
·         gunakan meter simple duple dan quadruple dahulu kemudian meter triple. Skip, 
        bergalop dan hayun untuk compound meter ( 6 )
                                                                                                 8
2.         Melodi
·          guna pergerakan tangan atau kedudukan badan untuk menunjukkan bila masanya  
         bunyi(pic) lebih tinggi, lebih rendah atau pada kedudukan yang sama.  Kelak dapat 
         ditunjukkan bunyi tertinggi atau terendah dalam melodi yang mempunyai renj yang 
         lebih luas, juga dapat menunjukkan kontur melodi menggunakan tangan atau 
         kedudukan badan dalam pergerakan kreatif.
3.         Bentuk
·         pergerakan tangan berbentuk arch yang mudah untuk menunjukkan frasa/rangkap.   
        Kemudian murid boleh skip dalam bulatan untuk menunjukkan pertukaran arah pada sesuatu frasa/rangkap lagu.
4.         Harmoni
·         dua atau lebih pic dibunyikan serentak untuk menjadi lagu pusingan dapat  
        diilustrasikan dalam bentuk meniru pergerakan yang terdahulu.
5.         Ekspresi
·         pergerakan yang menunjukkan dinamik dapat dibuat sebagai berjingkit, bila muzik  
        lembut (soft) dan hentak kaki bila ia kuat.   Bergerak cepat dan lambat untuk 
        menunjukkan perubahan tempo dan pergerakan badan atau mimik muka untuk 
        menunjukkan mud.
6.         Warna ton
·         pergerakan dapat dibuat seolah-olah berlagak seperti biola, trumpet atau oboe.
7.         Jalinan/tekstur
·         pergerakan seperti susup menyusup dan pembentukan sesuatu bentuk atau fomasi.

PERANCANGAN P & P
  1. ajar lagu dan lirik dahulu sebelum membuat pergerakan atau permainan.
  2. berbincang mengenai formasi atau pergerakan yang dikehendaki.
  3. buat demonstrasi untuk lebih kefahaman
  4. jika murid di luar kawalan, hentikan aktiviti.  Beritahu mengapa - terangkan bahawa pergerakan memerlukan disiplin.